selesai sudah timah dengan celotehnya..lama betul orang menunggu timah tu, sampai bersarang blog ni..tapi tak pe..kita bertemu kembali dengan krew m08h.blogspot.. assalamualaikum w.b.t.. hari ini penglipur lara ingin bercerita, cerita bukan sebarang cerita, bukan cerita dahulu kala, bukan juga cerita sang kancil dan buaya, cerita tidak berbahaya, cerita jenaka, cerita santapan jiwa, cerita kembara...kembara??ye, kembara dua sahabat, yakni ahli majlis tertinggi PBSM... tersebutlah kisah di kampung mara B, terdapat dua sahabat berkawan baik, iaitu syan dan syiq (bukan nama sebenar)

syan di kanan manakala syiq di kiri..kelihatan makhluk penyibuk tidak diketahui di dalam gambar

yang selalu pulang ke negeri masing masing. atas sebab ini, seluruh warga penduduk kampung kolej mara bersetuju melantik sahabat berdua sebagai ahli majlis tertinggi PBSM (persatuan balik setiap minggu) dalam satu perhimpunan yang pernah diadakan. alangkah gembira bukan kepalang sahabat berdua apabila diberi penghormatan menyandang jawatan tersebut yang sememangnya menjadi rebutan ramai warga kampung mara B. namun, keputusan memilih sahabat berdua bukanlah satu keputusan yang melulu, kerana berdasarkan sejarah penglibatan mereka dalam aktiviti pulang bermalam, kehebatan sahabat berdua tiadalah tolok tandingnya.

antara kisah sahabat berdua yang masih menjadi rahsia selama ini adalah dimana sahabat berdua berjaya meloloskan diri dari kawalan ketat pakcik jaga biru, ketua warden kampung mara B serta siak kampung mara B bahagian bahasa penjajah inggeris. ketika itu, rakyat kampung mara B sepatutnya tidak boleh pulang kerana ada persembahan wayang kulit oleh penduduknya, bukan calang persembahan, bermusik dan berjoget malah.

alkisah bermula selepas doa ustaz shiham diaminkan, seorang alim yang terkenal di kampung mara. lalu sahabat berdua bersama jemaah lain berduyun duyun keluar. mereka bertemu di belakang masjid seperti yang telah diaturkan. modus operandi mereka simpel, tanya, tumpang, tinggal (3T).

hikayat satu : tanya
dalam setej pertama ini, sahabat berdua yang telah bersiap siap untuk pulang akan mampir kepada mana mana warga asing kampung mara B. setelah itu, mereka akan menggunakan segala kemahiran mengayat manis bergula yang telah dipelajari dalam pelajaran malayA satu untuk mengeluarkan hikmat mengayat warga asing tersebut. proses mudah. kerana warga asing selalunya hanya akan berfikir mengenai pahala beramal jariah di hari jumaat, menolong dua sahabat keluar dari kampung mara B.

hikayat dua : tumpang
setelah berjaya mengayat manis bergula, mereka akan menumpang mobil warga asing untuk melepasi kawalan pakcik jaga biru. sahabat berdua menggunakan pula teknik penyamaran kampung mara B pada ketika ini. betapa hebat sekalipun pakcik jaga biru yang semakin seterik, namun tetap terpedaya dengan hikmat licik sahabat berdua. ini merupakan bahagian yang mudah sebenarnya, tetapi mendebarkan.

hikayat tiga : tinggal
fasa yang paling menggembirakan sebenarnya. ketika ini sahabat berdua menarik nafas lega kerana telah meninggalkan kampung mara B. tinggal nak naik kenderaan penyelamat sahaja. namun, acapkali sahabat berdua bungkam apabila melihat pakcik jaga biru datang ke stesen kenderaan penyelamat dengan menaiki motor. takut kalau kalau pakcik jaga biru berjaya menangkap mereka. fasa ini hanya tamat bila sahabat berdua berjaya menjejak kaki ke negeri masing masing. berikut merupakan gambar gambar yang berjaya ditangkap oleh sepai peglipur lara.

kelihatan syan penat menunggu kenderaan penyelamat yang tidak kunjung tiba

ini pula merupakan syiq yang mengawal keadaan dari jauh kalau kalau pakcik jaga biru datang
syan gembira melihat tidak percaya kenderaan penyelamat di depan mata

sebagai ketua, syiq sayu dalam kenderaan penyelamat kerana tidak dapat menyelamatkan ahli PBSM yang lain

demikianlah alkisah syan dan syiq. dua sahabat baik. yang moga terus bersahabat selama lamanya.tamatlah sudah cerita penglipur lara.

sebelum itu...
siapakah penglipur lara??

penglipur lara juga hanyalah insan hina. sering duka, seperti syiq, jarang bergelak ketawa, di dalam mobil penyelamat, turut sayu menempuh ranjau liku liku kehidupan.

3 comments:

lawak shiqot!!!

March 1, 2009 at 8:24 PM  

ape yg yg shiqot nye wan???!!
bak kate mirul, tak lawak pun....

March 3, 2009 at 3:33 PM  

kelakar post ni!

June 20, 2011 at 11:14 AM  

Newer Post Older Post Home