Assalamualaikm wbt..
Cuti mid sem kita hampir berakhir. Wahai penduduk M08H sekalian, sudahkah anda complete semua homework yang bertimbun?? (org yg tanya pn x siap jgak!! wakakaka)..

Berikut merupakan list homework yang perlu kita siapkan sebelum cuti kita ni berakhir:

1. Tutorial 1 Mathematics HL: Complex Number.
2. Mid Semester Holiday Assigment Math HL. File nye blh didownload dlm Mathrace e-Group.
3. Economics SL: Examination Question page 200. (No.1 je ye. jgn rajin2 buat lbih)
4. Chemistry HL: Handbook, semua pasal Kinetics.
5. Planning Practical 12: Chemistry HL (Cari bahan & method)
6. Statistics handout yg teacher bagi. 2 set tau!!!

selain tu ade jgak homework yang tak "official" seperti baca Lorong Midaq bagi yg belum khatam, update nota Malay A1, study untuk test Bio & Stat serta cari funds untuk LAMSAB2.



Jangan stress!!! nnti jadi macam aku!! hahaha.. anyway, Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdayaolehnya. (-2:286-)

marilah membaca...

sebuah pemikiran. tidak salah bukan?? sekali sekala melarikan diri dari asyiknya hiburan.

seringkali orang bertanya atau berkata kepada ku." kau buat ee malay guna novel tu ke? " dan
" baca novel je kau ni. jiwang seyh!! " dia berkata sambil tersenyum penuh makna. hihi, sangat kelakar itu orang. tidak kurang juga " apa benda kaubaca ni??seronok ke? " mungkin sahaja berminat dan mungkin juga skeptik terhadap sikap membaca.

begitulah antara beberapa pandangan terhadap sikap yang suka membaca. di kmb, baca benda sebegitu dianggap tabu. tiada kena mengena dengan ib jangan didekati. merbahaya. sampai begitu sekali.

tetapi, pernah bukan kita dengar, pena itu lebih tajam daripada pedang? atau, lidah itu lebih tajam daripada pedang? maka, dari mana pula datang rantaian perkataan itu jika bukan dari minda kita? ya, membacalah yang akan mengasah minda kita dan menjadikan kita lebih molek untuk berkata-kata (bagi sesetengah orang, mungkin dia lebih selesa berkata-kata di belakang tabir. darah gemuruh) . dalam erti kata lain sebenarnya mindalah yang tajam. lidah dan pena mendapat nama dan bukannya minda kerana pentingnya dalam memilih perkataan untuk menggambarkan pemikiran kita!

apapun, " you're what you read" . tiadalah seorang peminat sukan melainkan dia akan menyelak ruangan sukan terlebih dahulu. dan tidaklah seorang pejuang palestin melainkan dia akan membaca hal-hal terbaru berkaitan palestin dalam surat khabar. maka apa yang telah kita baca sehingga dapat mencerminkan kita?picisankah?intelekkah?

renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s: dimanakah perginya semangat program nilam zaman dahulu?

Daripada pengarah filem berpengalaman, Jihah, kami mempersembahkan filem yang telah berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan video sempena Bulan Budaya dan Bahasa Kolej MARA Banting.

Filem ini yang merupakan "rojak buah" cerita rakyat telah berjaya memikat hati para juri sekali gus berjaya mengungguli tempat kedua. Hadiah kejayaan filem ini kemudiannya telah menjadi kek untuk hari jadi salah seorang pelakon filem ini.. (ps: zaman kegawatan ni, kita kena berjimat cermat)

Ape-ape pun, sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan filem ini walaupun kita sama-sama menghadapi wakt yang sukar pada masa pembikinan filem ini. Tahniah!!!

ummah treasure II

video yang tercalon untuk anugerah di malam gala anugerah video maulidur rasul...tetapi gagal memenangi sebarang anugerah..abaikan..yang penting mesej tersampai...hayatilah dengan mata hati..moga butir butir jernih bisa mengalir dari kolam keinsafan...


Walaupun Kem Amal Islami kita telah lama berlalu, namun satu peristiwa yang menyayat hati masih meninggalkan trauma kepada mereka yang terlibat. Peristiwa yang dimaksudkan ialah peristiwa khemah roboh dimana barang beharga mangsa langsung tidak dapat diselamatkan. Khemah mereka langsung tidak dapat bertahan akibat ribut taufan yang datang menerjah bayu hutan secara tiba-tiba. "Keep you dry konon! kepala otak ko dry!" begitulah reaksi salah seorang mangsa apabila membaca label yang tertulis pada khemah mereka. Anggaran kos kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa yang terlibat ialah lebih kurang RM 1K. saksikan video temuramah bersama mangsa-mangsa tersebut;



Akibat terlalu sedih, kami hanya dapat menemuramah tiga orang mangsa sahaja walaupun seramai 6 orang mangsa yang terlibat dalam bencana tak terduga ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. sumbangan ikhlas anda boleh dihulurkan kepada krew-krew mcbm08h.blogspot.com...

Newer Posts Older Posts Home