marilah membaca...

sebuah pemikiran. tidak salah bukan?? sekali sekala melarikan diri dari asyiknya hiburan.

seringkali orang bertanya atau berkata kepada ku." kau buat ee malay guna novel tu ke? " dan
" baca novel je kau ni. jiwang seyh!! " dia berkata sambil tersenyum penuh makna. hihi, sangat kelakar itu orang. tidak kurang juga " apa benda kaubaca ni??seronok ke? " mungkin sahaja berminat dan mungkin juga skeptik terhadap sikap membaca.

begitulah antara beberapa pandangan terhadap sikap yang suka membaca. di kmb, baca benda sebegitu dianggap tabu. tiada kena mengena dengan ib jangan didekati. merbahaya. sampai begitu sekali.

tetapi, pernah bukan kita dengar, pena itu lebih tajam daripada pedang? atau, lidah itu lebih tajam daripada pedang? maka, dari mana pula datang rantaian perkataan itu jika bukan dari minda kita? ya, membacalah yang akan mengasah minda kita dan menjadikan kita lebih molek untuk berkata-kata (bagi sesetengah orang, mungkin dia lebih selesa berkata-kata di belakang tabir. darah gemuruh) . dalam erti kata lain sebenarnya mindalah yang tajam. lidah dan pena mendapat nama dan bukannya minda kerana pentingnya dalam memilih perkataan untuk menggambarkan pemikiran kita!

apapun, " you're what you read" . tiadalah seorang peminat sukan melainkan dia akan menyelak ruangan sukan terlebih dahulu. dan tidaklah seorang pejuang palestin melainkan dia akan membaca hal-hal terbaru berkaitan palestin dalam surat khabar. maka apa yang telah kita baca sehingga dapat mencerminkan kita?picisankah?intelekkah?

renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s: dimanakah perginya semangat program nilam zaman dahulu?

2 comments:

" baca novel je kau ni. jiwang seyh!! "

tiba-tiba je aku rase pedas la cili ni.... hahahahaha

March 19, 2009 at 3:08 AM  

rindu m08h!

June 20, 2011 at 11:11 AM  

Newer Post Older Post Home