sekarang cuti. hini menjengah. kelihatan semua orang sibuk membuang masa. ye, saya ulangi, sibuk membuang masa. adakah, membuang masa itu boleh dianggap satu kerja sehingga wujudnya terma 'sibuk' di depannya, itu perkara yang lain.
libang libu di alam maya menjadi wacana utama. ke sana. ke sini. tiada apa yang dapat. melainkan masa berlalu begitu sahaja.
(melalui ruang masa. kembali ke beberapa minggu yang lepas)
"dengan ini saya umumkan kelas pertama...(jeda)...adakah kelas M08E? atau mungkin, M08C?...jeda.."
tika itu kedengaran gemuruh suara hadirin dalam dewan bising. minta diumumkan segera kelas no1 itu.
"...ialah, M08K!!"
aku di bawah tersenyum sinis. penuh bererti. hoho. sudah dijangka. keputusan aku pun teruk. mananya nak dapat no1 kelas ni. mimpi je lah.
kini, bukan sebuah diagnosa yang ingin diberi. biarlah orang sebelum ini yang tanpa nama(ngakulah wahai penulis. buat apa mahu nyorok nyorok. tak kool) telah beri. aku malas masuk campur. ahahahaa. sekurang-kurang nya aku tinggalkan nama. untuk itu, hayatilah...
Aku manusia,
kerap berjalan melintasi pokok
sejak kecil ku perhatikan
membesarnya perlahan kala kelayuan
gugur renta daun itu
jatuh bertebaran
menutup akar, menutup bumi
segalanya tiada terzahir
namun pokok
tetap teguh di bawah naungan ilahi
berbudi pada berbakti
ah! manis sekali.
Aku pokok,
tegak memerhati manusia
melintasiku perlahan
sambil lewa bergelak ketawa
masa bergerak pantas
aku penat bertasbih
manusia letih dalam lautan dunia
yang meniupkan bayu bahagia
lupa, alpa
menghadap sang pencipta.
Dua perspektif berbeza
pokok dan manusia
dihambat jalinan masa
yang berdetik dan meninggalkan.
noktah.