selesai sudah timah dengan celotehnya..lama betul orang menunggu timah tu, sampai bersarang blog ni..tapi tak pe..kita bertemu kembali dengan krew m08h.blogspot.. assalamualaikum w.b.t.. hari ini penglipur lara ingin bercerita, cerita bukan sebarang cerita, bukan cerita dahulu kala, bukan juga cerita sang kancil dan buaya, cerita tidak berbahaya, cerita jenaka, cerita santapan jiwa, cerita kembara...kembara??ye, kembara dua sahabat, yakni ahli majlis tertinggi PBSM... tersebutlah kisah di kampung mara B, terdapat dua sahabat berkawan baik, iaitu syan dan syiq (bukan nama sebenar)

syan di kanan manakala syiq di kiri..kelihatan makhluk penyibuk tidak diketahui di dalam gambar

yang selalu pulang ke negeri masing masing. atas sebab ini, seluruh warga penduduk kampung kolej mara bersetuju melantik sahabat berdua sebagai ahli majlis tertinggi PBSM (persatuan balik setiap minggu) dalam satu perhimpunan yang pernah diadakan. alangkah gembira bukan kepalang sahabat berdua apabila diberi penghormatan menyandang jawatan tersebut yang sememangnya menjadi rebutan ramai warga kampung mara B. namun, keputusan memilih sahabat berdua bukanlah satu keputusan yang melulu, kerana berdasarkan sejarah penglibatan mereka dalam aktiviti pulang bermalam, kehebatan sahabat berdua tiadalah tolok tandingnya.

antara kisah sahabat berdua yang masih menjadi rahsia selama ini adalah dimana sahabat berdua berjaya meloloskan diri dari kawalan ketat pakcik jaga biru, ketua warden kampung mara B serta siak kampung mara B bahagian bahasa penjajah inggeris. ketika itu, rakyat kampung mara B sepatutnya tidak boleh pulang kerana ada persembahan wayang kulit oleh penduduknya, bukan calang persembahan, bermusik dan berjoget malah.

alkisah bermula selepas doa ustaz shiham diaminkan, seorang alim yang terkenal di kampung mara. lalu sahabat berdua bersama jemaah lain berduyun duyun keluar. mereka bertemu di belakang masjid seperti yang telah diaturkan. modus operandi mereka simpel, tanya, tumpang, tinggal (3T).

hikayat satu : tanya
dalam setej pertama ini, sahabat berdua yang telah bersiap siap untuk pulang akan mampir kepada mana mana warga asing kampung mara B. setelah itu, mereka akan menggunakan segala kemahiran mengayat manis bergula yang telah dipelajari dalam pelajaran malayA satu untuk mengeluarkan hikmat mengayat warga asing tersebut. proses mudah. kerana warga asing selalunya hanya akan berfikir mengenai pahala beramal jariah di hari jumaat, menolong dua sahabat keluar dari kampung mara B.

hikayat dua : tumpang
setelah berjaya mengayat manis bergula, mereka akan menumpang mobil warga asing untuk melepasi kawalan pakcik jaga biru. sahabat berdua menggunakan pula teknik penyamaran kampung mara B pada ketika ini. betapa hebat sekalipun pakcik jaga biru yang semakin seterik, namun tetap terpedaya dengan hikmat licik sahabat berdua. ini merupakan bahagian yang mudah sebenarnya, tetapi mendebarkan.

hikayat tiga : tinggal
fasa yang paling menggembirakan sebenarnya. ketika ini sahabat berdua menarik nafas lega kerana telah meninggalkan kampung mara B. tinggal nak naik kenderaan penyelamat sahaja. namun, acapkali sahabat berdua bungkam apabila melihat pakcik jaga biru datang ke stesen kenderaan penyelamat dengan menaiki motor. takut kalau kalau pakcik jaga biru berjaya menangkap mereka. fasa ini hanya tamat bila sahabat berdua berjaya menjejak kaki ke negeri masing masing. berikut merupakan gambar gambar yang berjaya ditangkap oleh sepai peglipur lara.

kelihatan syan penat menunggu kenderaan penyelamat yang tidak kunjung tiba

ini pula merupakan syiq yang mengawal keadaan dari jauh kalau kalau pakcik jaga biru datang
syan gembira melihat tidak percaya kenderaan penyelamat di depan mata

sebagai ketua, syiq sayu dalam kenderaan penyelamat kerana tidak dapat menyelamatkan ahli PBSM yang lain

demikianlah alkisah syan dan syiq. dua sahabat baik. yang moga terus bersahabat selama lamanya.tamatlah sudah cerita penglipur lara.

sebelum itu...
siapakah penglipur lara??

penglipur lara juga hanyalah insan hina. sering duka, seperti syiq, jarang bergelak ketawa, di dalam mobil penyelamat, turut sayu menempuh ranjau liku liku kehidupan.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Pertama kali menulis disini..Sekadar meneruskan seruan makhluk aneh M08h yang semakin bermaharajalela sekarang nih..Ish,geram t0l!!..Blog sendiri pun tak ter update rajin plak nak menjengah di blog kelas nih..Pape pun layan ar..

Sekadar renungan buat yang menjengah walaupun saya menyedari blog ni hanya dukunjungi bebudak kelas ni je...

TOK sikit..Apa definasi cinta dan apa plak tafsiran sayang??..Malasnye saya nak jawab, sile ke wikipedia ek..Erm, kata sorang nih sayang ni boleh menjatuhkan dan boleh menaikkan..Hmm mungkin betul..tapi bagaimana nak menggunakan sayang ini kena pada tempatnya??..Ha,pikir jap..

Xde idea sebenarnya,saja jek nak mengarut..tapi rasanye ukhuwah itu bersendikan sayang dan moga-moga sayang itu berasaskan ALLAH..agar is tidak dinodai sayang jahiliah..he, puan ima selalu cakap ukhuwah kita kuat kan??report mesti sama walaupun kita tak meniru??adakah ini tanda-tanda mantopnya ukhuwah??..Nak membina ukhuwah perlu pada taaruf (kenal) dan nak memantopkannya perlu pada tafahum (faham)..Selagi wujud benci dalam hati kita, maknanya kita belum cukup faham dengannya..Selagi wujud benci kita tak boleh mengatakan sayang kita kerana Allah..Wallahualam..sekadar peringatan untuk kita bersama.Moga tidak ada benci antara kita walau bagaimana buruknya perangai bebudak kelas kita..hehehe..Raikan perbezaan yang ada..

"Bila ALLAH asasnya, perjalanannya kan teruji, memang sakit dan penat tapi yang pasti itulah pengukuhannya.."

musim serba baru..

sekarang musim semua makhluk di m08h untuk mempunyai benda baru pada diri masing masing.

" aku taknak selalu balik "

ayat diatas diquote oleh do, atau lebih dikenali sebagai wan dalam kelas kita.persoalannya, benda baru apa yang ada dekat dia??untuk merungkai persoalan ini, kita kena imbas kembali ke sem lepas di mana wan, masih lagi merupakan salah seorang anggota tetap persatuan balik setiap minggu (PBSM) . jadi , ayat di atas dipetik ketika wan sedang hebat bercerita mengenai azam BARU nya pada tahun ini.



gambar di atas pula merupakan gambar handphone terbaru salah seorang rakyat m08h. handphone tersebut sekarang sah menjadi milik jejaka yang diragui dalam m08h, iaitu syauqan zaini. saya masih teringat suatu ketika dahulu beliau merengek mahukan handphone yang baru. akhirnya, impian beliau tecapai juga akhirnya setelah w910i ini dibelinya hanya beberapa hari yang lalu.

" saya merasa gratefull, hidup lebih bergaya and life gettin' better "

ayat diatas pula merupakan ayat yang keluar dari mulut beliau setelah diinterview oleh interviewer krew mcbm08h.blogspot, syazwan muez.

senario ketiga. seseorang telah menggunakan cermin mata baru di dalam kelas kami. krew mcbm08h.blogspot hanya perasan perkara tesebut apabila melihat kelentikan beliau telah bertambah kesan daripada bertambahnya power cermin mata tersebut. apabila krew kami menemu ramah beliau, tiada jawapan yang dapat diperoleh. suspek hanya tersenyum senyum sipu, malu dan segan. walaubagaimanapun, rahsia yang dipendam 'kantoi' juga akhirnya sewaktu subjek cas setelah ditanya oleh cikgu latif yang terserempak dengan azan di pekan banting.berikut merupakan sebahagian dialog yang berlaku

cikgu latif : a quarter past six, i saw you walking so fast in banting..
azan : owh...i accompanny my friend to get her new speck..

kantoi disitu.namun, siapakah pemilik speck baru tersebut??hehe...figre it out urself..

sekian untuk bulletin pada hari ini.berjumpa lagi dengan krew mcbm08h.blogspot pada masa lain..lepas ni makhluk aneh bolehlah bagi selingan tazkirah pula...hoho

da krew : wan, mirul, lupi, pudin
da pengacau : bopeks, syafiq
da victim : wan, syauqan, farah.

jangan marah ar...gurau ja

Hari ini, 8 Februari 2008 Abang Long kita, Amirul Hamudin menyambut hari lahirnya yang ke 19..
Jom kita pakat burgerkan dia!!! HAHAHAHA...
Anyway, dari seluruh warga M08H, Selamat Hari Jadi.. Semoga panjang umur & murah rezeki!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
*Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
*Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

*Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
*Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

*Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
*Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.

Wallah hualam..

Assalamualaikum..

This blog was created on 7th of February 2009 by one of the students of the so called M08H. The content of this site will be prepared by everyone in this class.
The M08H warriors!

Newer Posts Home